RM500 RIBU DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA MASJID AL-YAAKOBIAH, KG MEMBATU
Tanah wakaf untuk pembinaan Masjid Al-Yaakobiah, Kg Membatu
Pembinaan masjid ini adalah untuk menggantikan surau lama yang pernah dibina di situ pada satu masa dulu. Sekarang, surau itu telah tiada dan hanya ada tangga surau sahaja yang tinggal. Selain itu, kampung tersebut tiada masjid. Penduduk sekitar terpaksa mencari masjid di kampung lain yang paling hampir dengan kampung mereka.
Pelan tapak pembinaan Masjid Al-Yaakobiah
Ketiadaan masjid juga menjadikan penduduk kampung di kawasan itu terbatas untuk melakukan aktiviti keagamaan dan aktiviti yang melibatkan penduduk yang ramai.
Penduduk kampung ini juga mengharapkan masjid yang bakal dibina ini dapat diimarahkan dengan kelas-kelas Fardhu Ain, kelas mengaji, kuliah agama dan sebagainya. Masjid ini juga menjadi nadi umat Islam di sini terutama yang mahu beramal soleh ketika dunia semakin hampir ke penghujungnya. Pembinaan masjid ini amat penting kerana ia berada di dalam lokasi yang sangat strategik dan kerana Kg Membatu ini ketiadaan masjid.
"Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah akan membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya." (Hadis riwayat Muslim)
Ayuh, mari bersama-sama membantu penduduk Kg Membatu untuk membina Masjid Al-Yaakobiah dengan bersedekah, infak atau wakaf segera!
PILIHAN SUMBANGAN
Pakej A : Sumbangan Dana Wakaf Masjid RM500
Pakej B : Sumbangan Dana Wakaf Masjid RM200
Pakej C : Sumbangan Dana Wakaf Masjid RM100
Pakej D : Sumbangan Dana Wakaf Masjid RM50
Pakej E : Sumbangan Dana Wakaf Masjid RM30
ATAU Sumbangan Dana Wakaf Masjid Seikhlas Hati
Salurkan sumbangan anda ke:
Bank : BANK MUAMALAT
Nama : MASJID AL YAAKOBIAH
No Akaun : 0303 0001749 714
Reference : PMC03 Masjid
Makluman:
1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay.
2. Pembayaran termasuk Rm1 caj payment gateway Toyyoibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: 012-5235354
4. Sebahagian daripada kutipan dana akan digunakan untuk Kos Pengurusan dan Operasi.